MAKLUMAN TERKINI
PENTAKSIRAN 1, TAHUN 2021 – BAGI MURID-MURID TAHAP 2 ( TAHUN 4, 5 DAN 6 )
Pentaksiran 1 bagi tahun 2021 berlangsung pada 11, 12, 14 dan 15 April 2021. 11 April – BAHASA MELAYU PEMAHAMAN & BAHASA MELAYU PENULISAN 12 April – BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN & BAHASA INGGERIS PENULISAN 14 April – MATEMATIK 15 April – SAINS
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BULAN RAMADHAN
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SKRIN. Semoga ibadah ini dapat menjadikan kita semua insan berperibadi mulia dan tinggi.
SELAMAT MENJALANI PEMBELAJARAN SESI 2021
Selamat Kembali mengikut sesi persekolahan sesi 2021 kepada semua murid SK Seri Intan. Semoga dapat mematuhi segala S.O.P. yang telah ditetapkan dan berdoa agar semuanya sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.
PELAPORAN INTERVENSI (OPR1)
Berikut adalah Borang Pelaporan Intervensi (OPR1) yang perlu diisi oleh setiap panitia. Borang ini menggunakan Aplikasi Google Docs secara online untuk pengisian maklumat. Klik DI SINI atau gambar berikut untuk pautan borang. TIDAK PERLU MUAT TURUN BORANG untuk isi maklumat. Harap maklum
SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat Datang dan Selamat Kembali ke sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaran bagi tahun 2020. Semoga semua warga SK Seri Intan di beri kemudahan untuk mendalami ilmu pengetahuan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
PROGRAM HARI USAHAWAN SK SERI INTAN | SABTU |27 JULAI 2019
Semua murid, ibu bapa penjaga dan masyarakat sekitar sekolah dijemput hadir ke program tersebut untuk memeriahkan lagi suasana. Pelbagai jualan, aktiviti dan pertandingan akan diadakan.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2019
Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR SK Seri Intan 2019 seramai 121 orang. Semoga kalian diberi kemudahan untuk menjawab soalan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Para guru senantiasa melakukan yang terbaik dan mendoakan kejayaan semua. 🙂
SELAMAT DATANG
Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Datang ke Laman Rasmi SK Seri Intan, Kluang. Laman ini masih dalam penambahbaikan. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh terus hadir ke pejabat ataupun hubungi talian 07-7727908. Harap Maklum.
PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2019
Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh diisi bermula Mei 2019. Sila lengkapkan maklumat seperti nama guru mata pelajaran, kelas, nama murid dan sebagainya sebelum mula mengisi data. Dilampirkan juga MANUAL untuk mengisi data berkenaan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada Unit Pentaksiran SK Seri Intan. Berikut adalah manual pengisian data PBD :
KOMENTAR TERBAHARU